
Biasa kalau korang jalan-jalan kat town (pergh, town tu!) kan, mesti korang perasan bahawa orang kita, tak kire la melayu ke cine ke india ke semua suke pakai selipar jepun. dekat bukit bintang ke, bukit cerakah ke, bukit beruntung ke bukit putus ke, semua orang prefer pakai selipar jepun...
Kalau korang student plak mesti korang perasan ada makhluk2 yang bergelar pelajar macam korang tapi dressing pegi kuliah terutama di bahagian kakinya (slipar jepun) macam nak pegi pasar malam. (terkecuali uitm... hehe)
dua situasi ini menggambarkan bahawa orang kite memang suke sangat2! suke sampai kiamat! dengan selipar jepun. tapi kenape?!
ok, first kite tengok keselesaan. selesa ke tak pakai slipar jepun ni? jawapan dia memang confirm2lah selesa bai! kau penah ke rasa tak selesa pakai slipar jepun? tak kan? nak pakai pegi jamban boleh, nak pakai pegi iSetan pun boleh. skarang ni pulak ada macam2 pesen slipar jepun. hush puppies dengan crocodile pun ada keluar slipar jepun. tapi mahal... cibai! mebi itu slipar jepun utk orang kaye sahaja.
sekenli, kite kene tengok budaya kat malaysia ni. semua orang kalau nak masuk rumah kene bukak kasut kan, kene kaki ayam la senang crite. jadi pemakaian slipar jepun memang praktikal la dengan budaya kite ni. kalau pakai kasut leceh, semak. nak kene bukak2 tali bagai. macam omputih takpe la, dah memang budaya die masuk rumah pakai kasut. kau nak kena sèpak/tendang dengan bapak kau cube la masuk rumah pakai kasut...
third, slipar jepun murah dol! slipar jepun cap supian baru 3 hengget lebih. nak compare harge dengan beli kasut curik dekat bundle pun cukup la, mmg macam langit dengan bumi. tapi tak mustahil dengan kenaikan harga petrol, gula, tepung segala harge slipar jepun pun akan naik jugak. nasib baek harga slipar jepun tak naik tiap2 tahun macam harge rokok! kalau tak semua orang kaki ayam je la.
last skali, sebab dia murah, kalau kene curik slipar jepun, tak terase sangat penyesalan dia. katelah tibe2 kau pegi surau nak semayang keluar2 tengok slipar dah kene sau. korang stil boleh senyum lagi kot... tapi kalau slipar jepun cap "nike" ori begenang jugak la air kat mate tu kan. kalau cap "naiki" takpe. siap boleh halalkan lagi sesape yang curik tu!
kesimpulannye, slipar jepun mmg best!! sebab tu orang malaysia suke pakai slipar jepun... slipar jepun patut diwartakan sebagai salah satu warisan negara. masuk muzium pastu buat dokumentari pasal slipar jepun. cayalah!

p/s: kenape namenye slipar jepun padahal yang pakainye orang malaysia?